Pada 8 Februari 2014 Penjara Kajang bersama Persatuan Pengasih serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan Program Hari Aids Sedunia bertemakan "Besyukur Saat Diuji" bertempat di Padang Penjara Kajang. Seramai 600 orang penghuni mengisi program yang telah disusun seperti sukaneka dan persembahan artis oleh Radhi OAG. Mesej penganjuran majlis ini adalah menunjukkan keprihatinan serta sokongan masyarakat serta NGO terhadap penghuni HIV untuk bersikap positif dalam menjalani kehidupan dengan gaya hidup sihat. Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu YBhg Datuk Mohd Yunus Pathi, Yang Dipertua PENGASIH, YBhg. Dato? Hj. Bakhtiar bin Hussein, Setiausaha MAIS serta PKP Husin bin Hj Johari Timbalan Pengarah Penjara Kajang. Majlis ini diadakan serentak dengan sambutan Penjara Sejahtera.
""