Pada 14 hingga 16 Februari 2014 telah berlangsung Kejohanan Petanque Jabatan Penjara Malaysia 2014 bertempat di Arena Petanque Padu, Dungun, Terengganu. Kejohanan anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia ini di kelolakan oleh Pusat Koreksional Dungun Terengganu. Sebanyak 17 Pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. 3 Kategori acara di pertandingkan iaitu Kategori Berpasukan, Kategori Bergu Terbuka Lelaki dan Kategori Bergu Terbuka Wanita. Bagi Kategori Berpasukan Pasukan Johor 'B' telah dinobatkan sebagai Johan diikuti Pasukan Kedah 'B' Naib Johan dan tempat Ketiga Bersama Pasukan Negeri Sembilan dan Pasukan Pahang 'A'. Kategori Bergu Lelaki pula Johan di ungguli oleh bergu dari Terengganu '7' disusuli Sungai Buloh '4' Naib Johan dan Ketiga Bersama Terengganu '1' dan Kajang. Manakala Kategori Bergu Terbuka Wanita pula Johan disandang oleh bergu dari Pokok Sena 'B', Naib Johan Penang 'A' dan tempat Ketiga bersama jatuh kepada Penor 'A' dan Penor 'B'. Piala Pusingan serta cenderahati telah disampaikan oleh KPj Dato' Wan Abdul Rahman Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Penjara (Pengurusan) di iringi oleh PKP S.Gunasegaran A/L Shammugam, Pengarah Pusat Koreksional Dungun Terengganu. Turut hadir didalam majlis penyampaian hadiah ialah TKPj Ariffin Bin Mohamad Nor Timbalan Pengarah Bahagian Dasar & Kepenjaraan, Pengarah-Pengarah Penjara Zon Timur, Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Pengerusi Persatuan Petanque Negeri Terengganu, Wakil Jabatan Penerangan dan Wakil Jabatan Pertahanan Awam.