Pada 18 Februari 2014 (Selasa), bertempat di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah berlansung Majlis Penganugerahan Pingat Ketua Pengarah Penjara Malaysia Peringkat Zon Timur Dan Penyampaian Sijil MeSTI kepada Jabatan Penjara Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg. KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh Yg. Berusaha Puan Noraini binti Dato' Mohd Othman, Pengarah Kanan, Keselamatan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua Institusi Zon Timur.
Y.Bhg.KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar juga menyampaikan Sijil Latihan Keselamatan Makanan Industri (LAKMI) kepada 12 orang banduanita yang bekerja di Bengkel Produk makanan.
Disamping itu, Y.Bhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar dan dif-dif jemputan telah melawat Mini Cafe, Kiosk dan bengkel-bengkel.
""