| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Rasmi YBhg. Dato' Mohamad Khalid Bin Haji Shariff, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri Ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia

17 Februari 2014, Seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia merakamkan ucapan terima kasih dan amat berbesar hati menerima lawatan rasmi YBhg. Dato' Mohamad Khalid bin Haji Shariff, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia. YBhg. Dato' KSU diberikan penghormatan membuat pemeriksaan ke atas 101 pegawai kawalan kehormat di Dataran Bukit Wira. Turut bersama menyambut ketibaan YBhg.Dato? KSU adalah YBhg. Dato' Alwi bin Haji Ibrahim, TKSU Kanan (Keselamatan), YBhg. Dato' Adenan bin Ab Rahman, TKSU Kanan (Pembangunan dan Perolehan), YBhg. Dato Wan Ali b. Besar, TKSU (Pengurusan) serta Setiausaha Bahagian KDN.Taklimat Jabatan telah disampaikan oleh YBhg. Komisioner Jeneral Dato' Sri Haji Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan seterusnya melawat projek "self sufficient" Industri Roti di Penjara Kajang.

 

""