| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Bagi Cadangan Perluasan Dan Pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Di Bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

Pada 19 Februari 2014 jam 2.30 petang, TKPj Abdul Aziz b. Mohamad Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia telah membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato' Haji Zulkifli b. Yaacob. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Pengarah Mahkamah Negeri Pahang, Y.A. Dato' Zainal Abidin b. Kamaruddin, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang, PP Tey Hock Soon dan Pegawai Parol IPPM, PP Nor Haizan b. Mohd Isa.


Kunjungan ini bertujuan untuk memperjelaskan dan memperluaskan lagi konsep pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) bagi mengadakan hubungan dan kerjasama yang lebih erat di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan Majlis Perbandaran Kuantan. YH. Dato' Yang Dipertua MPK telah menyambut baik cadangan ini dan satu rangka kerja khusus akan diadakan selepas ini. Kunjungan ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada YH. Dato' Yang Dipertua MPK.

 

""