| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khidmat Masyarakat 1KDN

23 Februari 2014.  Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri  di Sabah telah mengambil inisiatif bagi membantu mangsa-mangsa bencana banjir di Daerah Beaufort  dengan mengadakan Program Khidmat Masyarakat 1 KDN. Program tersebut telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan agensi bersama pemimpin setempat dan masyarakat kampung. Jabatan Penjara Sabah, telah diketuai oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah, TKPj AB Basir Bin Mohamad bersama 30 orang anggota daripada Kompleks Penjara Kota Kinabalu dan Parol Sabah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemberian sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir dan gotong-royong membersihkan surau, sekolah dan  kawasan sekitar kampung.

 

""