24 Februari 2014, Penjara Marang telah dikunjungi empat professor daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA), Terengganu untuk sesi mesyuarat dan lawatan lapangan bagi Kajian Penyelidikan Pendekatan Komprehensif Rawatan Penagihan Opiat Di Penjara Marang. Sesi perbincangan tersebut dipengerusikan olah YBhg KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan. Kunjungan tersebut telah dibawa untuk melihat kawasan kajian iaitu di Klinik Kesihatan Penjara dan Kompleks Songket. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah TKPj Hj Nordin bin Hj Muhammad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, TKPj Hj Darussalam bin Hj Budin,Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan, PKK Hamzani Bin Che Berahim, Pengarah Penjara Marang, PKK Noor Aziz Bin Muhammad Noor,Bahagian Dasar Kepenjaraan, PKK Zainah binti Pardi, Bahagian Pengurusan Banduan serta PKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail, Unit Perundangan Jabatan.
""