20 November 2014. Seramai 23 kakitangan diketuai oleh PKP Mohd Roslen bin Ramli, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pejabat Pertanian Daerah (MARDI) Cameron Highland. Ahli rombongan telah diberikan taklimat oleh En.Khairul Azdli dan dibantu oleh En. Amansyah mengenai sistem fertigasi yang dilaksanakan di daerah tersebut. Antara tempat lain yang dilawati ialah di Big Red Strawberi dan juga Kea Farm.
""