15 November 2014. Pengarah Penjara Negeri Sarawak TKPj Abd. Kadir bin Rais serta 100 pegawai dan anggota turut serta menyertai Program Gotong-Royong Perdana kakitangan Kompleks Penjara Puncak Borneo bertempat di Dataran Letak Kereta Ibu Pejabat Penjara Sarawak. Program diadakan bertujuan mencapai objektif memupuk semangat kerjasama, mengeratkan silatulrahim serta meningkatkan tahap kebersihan kawasan Kompleks Penjara Puncak Borneo.
""