5 November 2014 - Sempena Sambutan Hari Penjara Ke-224 pada tahun ini, Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu telah mengadakan Program Mesej Dari Penjara dan Kempen Derma Darah. Seramai 40 pegawai serta kakitangan terlibat dalam Kempen Derma Darah yang dikelolakan oleh Unit Tabung Darah, Hospital Daerah Jelebu, menakala Mesej Dari Penjara pula melibatkan seramai 160 orang pelajar sekolah-sekolah menengah sekitar Daerah Jelebu. Manakala pada 11 November 2014 pula telah diadakan majlis Perhimpunan Hari Penjara Peringkat Institusi yang melibatkan acara penganugerahan pingat dan sijil kepujian kepada pegawai dan pembacaan perutusan Ketua Pengarah Penjara oleh PKP Mohd Andri bin Md. Ridzwan,Pengarah Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu. Sambutan pada hari tersebut juga diisikan dengan sesi ceramah integriti oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ( SPRM ) dan sesi ceramah serta pameran dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) Daerah Jelebu. Acara Sukan telah diadakan pada sebelah petang melibatkan pertandingan futsal, pentaque, bola tampar, kayuhan basikal 'Joy Ride', memancing dan diakhiri pertandingan karaoke pada sebelah malamnya.
""