Pada 20 November 2014 bertempat di Auditorium Kolej Yayasan Saad Melaka seramai 36 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa.
Anugerah ini memberi pengiktirafan dan pentauliahan kepada peserta Anugerah yang berjaya menamatkan kesemua komponen yang ditetapkan. Majlis telah di rasmikan oleh YB Datuk Hajah Norpipah binti Abdol iaitu Timbalan EXCO Pembangunan Belia dan Warisan Negeri Melaka. PKP Lim Kim Mooi Pengarah SHG Melaka turut hadir dan menyampaikan Anugerah kepada antara peserta yang berjaya. Manakala Anugerah untuk pelajar SHG Melaka disampaikan oleh YBhg. Encik Tan Cheh Li Pengarah Pengajian Kolej Yayasan Saad Melaka.
""