24 November 2014-Penjara Kajang telah menerima lawatan dari Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak kepada Kesihatan (Special Rapporteur (SR) on The Right of Everyone to the Enjoyment of the Highest Attainable Standard of Physical and Mental Health) yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Rombongan lawatan telah disambut oleh PKP Husin bin Haji Johari, Timbalan Pengarah Penjara Kajang dan turut disertai oleh PKK Ananthurai a/l Kalimuthu, PKP Zaimiah binti Parman dan juga wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Delegasi telah dibawa ke Klinik Penjara khusus melihat rawatan yang disediakan kepada banduan dan fasiliti yang terdapat di Klinik Penjara.
""