Majlis Sukan Penjara Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Tarik Tali Terbuka Penjara Malaysia 2014 sempena menyambut Hari Ulang Tahun Jabatan Penjara Malaysia Ke 224 pada 9 November 2014. Majlis Sukan mengambil tanggungjawab ini sebagai salah satu daripada sumbangan bagi memeriahkan sambutan hari ulang tahun tersebut sebagai pendekatan jabatan ke arah Memasyarakatkan Penjara dengan menghubung jalin aspirasi bersama ke arah mensejahterakan masyarakat bersesuaian dengan tema sambutan "Transformasi Berjaya, Masyarakat Sejahtera". Disamping itu, adalah diharapkan program ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan kakitangan jabatan bersama orang awam. Sebanyak 27 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini. Lapan pasukan ke peringkat suku akhir ialah Anak Bapa Junior (Penjara Kajang), Jagindas, PDRM, MBSA, Jentayu, Semut Tanggo (Penjara Sungai Buloh), FRU dan Penjara Penor. Johan dimenangi oleh pasukan PDRM, tempat ke dua Jentayu dan tempat ke tiga Jagindas. Kejohanan ini mendapat sokongan teknikal daripada Persatuan Tarik Tali Malaysia.
""