19 November 2014, Penjara Reman Pulau Pinang telah menganjurkan Program Mesej Dari Penjara Peringkat Institusi Zon Utara 1 bertempat di Dewan Seameo RECSAM Pulau Pinang. Program ini dirasmikan oleh Tuan Hj. Ismail bin Harun, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri II. Program ini disertai pengisahan kehidupan bekas banduan serta ceramah dari AADK dan MCPF. Selain itu, terdapat pelbagai pameran daripada agensi kerajaan seperti Polis, AADK, JPAM dan Parol.
""