19 November 2014 : Penjara Pra Bebas, Dusun Dato Murad telah menerima lawatan dari SUHAKAM Putrajaya. Lawatan tersebut terdiri daripada 9 orang pegawai dan bertujuan untuk melakukan kajian berkenaan 'Human Rights Health To Prison' kepada banduan. Kedatangan pegawai-pegawai tersebut telah disambut dan diberikan penerangan ringkas oleh TPP Mohd Faizal Bin Jidin selaku Timbalan Pengarah Institusi. Seramai 90 orang banduan telah diberikan borang soal-selidik untuk dijawab bertempat di Pejabat Pemulihan. Seterusnya, pegawai-pegawai tersebut dibawa melawat ke sekitar kawasan agro dengan menaiki tren. Lawatan berakhir dengan jamuan makan tengah hari, penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.
""