27 Disember 2014, telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Krismas 2014, Zon Sarawak yang bertempat di Penjara Puncak Borneo. Majlis telah dirasmikan oleh TKPj Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Antara tetamu pada program tersebut adalah tenaga pengajar agama Kristian dari Persatuan Prison Fellowship Sarawak,dan juga ahli keluarga penghuni. Diantara pengisian program ialah Doa Krismas, persembahan koir oleh penghuni dan cabutan bertuah. Disamping itu juga, beberapa banduan yang telah terpilih juga berkesempatan berjumpa dengan ahli keluarga dan secara tidak langsung dapat mewujudkan perasaan keinsafan dan kekesalan atas kesalahan yang telah dilakukan.
""