28 Julai 2014, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PKP Mohd Andri b. Hj. Md. Ridzwan telah hadir untuk bersama-sama dalam Majlis Bersalam-Salaman dan Bertakbir yang diadakan serentak dengan Majlis Solat Sunat Hari Raya bersama penghuni bertempat di Surau An Nur. Beliau turut membacakan perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia serta menyampaikan sumbangan kuih raya dari PERSIAP institusi kepada semua anggota yang bertugas pada 1 Syawal 1435H. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dimeriahkan lagi dengan kunjungan YB Hj. Zainudin b. Hj. Ismail Ahli Palimen Jelebu yang hadir menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pegawai dan anggota yang bertugas di pagi 1 Syawal.
""