12 Ogos 2014 Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo bagi Bulan Ogos 2014 telah berlangsung di Ibu Pejabat Penjara Sarawak dan turut dihadiri oleh TKPj Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Seramai 100 kakitangan yang terdiri daripada IPP Sarawak, Penjara Puncak Borneo dan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak mengikuti majlis tersebut. Selesai sahaja majlis tersebut, satu Majlis Ramah Tamah Aidifitri peringkat kompleks telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak.
""