13 Ogos 2014, Bertempat di Dataran Mini Kenyalang Penjara Pusat Miri telah diadakan Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri bagi tahun 2014. Majlis telah disertai oleh 7 orang penghuni yang telah dipilih bagi mengikuti majlis tersebut. Majlis bermula pada jam 10:00 pagi dan dirasmikan oleh PKP Kamarul Alam bin Taib, Pengarah Penjara Miri.
""