Pada 15 Ogos 2014, Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Anugerah Pelajar-Pelajar Cemerlang Peringkat Zon Utara 1 bagi tahun 2013. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar yang diadakan TH Hotel, Bayan Lepas Pulau Pinang. Seramai 36 pesara bersama pasangan dan 113 orang anak cemerlang diraikan dalam majlis tersebut. Anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM menerima sumbangan daripada POA dan PERSIAP. YBhg. Datin Sri Hajjah Noraini bt Man, selaku Yang DiPertua PERSIAP Malaysia turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak cemerlang pada majlis tersebut.
""