Pada 19 Ogos 2014 telah diadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Pusat Koreksional Dungun Terengganu. Sambutan ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Rosli bin Daud, ADUN Bukit Besi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan, PKK Hamzani bin Che Berahim, Pengarah Penjara Marang, PP Mohd Shukri bin Harun, Pengarah Parol Negeri Terengganu, Rektor UiTM Kampus Bukit Besi, dif-dif jemputan dari agensi-agensi kerajaan dan swasta sekitar Bukit Besi. PKP Mat Bin Yaacob, Pengarah Pusat Koreksional Dungun turut melancarkan Tabung Amal Gaza peringkat Pusat Koreksional Dungun serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Pada majlis yang sama, pihak pengurusan turut menjemput pameran berkaitan perbankan serta mengadakan Perkhidmatan Mobile Kaunter 1JPJ dibawah Program One Stop Centre yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu.
""