20 Ogos 2014, Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Kakitangan Dan Keluarga Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka telah diadakan di Perkarangan Letak Kereta Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj. Latiff bin Datuk Hj. Tamby Chik, ADUN Telok Mas merangkap Pengerusi Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bersama PKP Lim Kim Mooi, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Pengisian majlis pada malam tersebut adalah Cabutan Nombor Bertuah, Pertandingan Gerai Tercantik dan Sumbangan Duit Raya Kepada Anak-Anak Kakitangan Penjara.
""