25 Ogos 2014, Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah mengadakan Program Sambutan Merdekarama peringkat penghuni di Dewan Parameswara Sekolah Henry Gurney Melaka. Program yang setiap tahun diadakan ini bukan sahaja bertujuan agar penghuni dapat bersama-sama meraikan bulan Syawal dan kemerdekaan malah ianya turut memberi peluang kepada penghuni menunjukan bakat mereka dalam 3 kategori yang dipertandingkan iaitu sketsa ,nyanyian lagu-lagu raya, lagu patriotik, deklimasi sajak serta melukis tokoh kemerdekaan. Majlis yang dirasmikan oleh PKP Lim Kim Mooi, Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka ini turut dihadiri rombongan lawatan dari Komisi Pengawasan dan Perlindungan Anak Daerah Kepulauan Riau. Johan keseluruhan kategori yang dipertandingkan dimenangi oleh Rumah Hang Lekir dan hadiah pertandingan disampaikan oleh PP Arzaee bin Abdullah, Timbalan Pengarah SHG Melaka.
""