28 Mac 2013 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013, Jabatan Penjara Malaysia, Zon Sarawak telah disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Wan Junaidi bin Tunku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir dalam majlis tersebut YS. KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Keselamatan dan Inteligen, TKPj Haji Mohd. Zawawi bin Ab. Rahim, Pengarah Pemindahan Banduan, TKPj Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Sebelum majlis bermula, para penerima mendengar ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Abang Talhata bin Haji Abang Hazemi, Mantan Pengarah Penjara Sarawak di Auditorium Sri Sarawak, Ibu Pejabat Penjara Sarawak. Sekalung tahniah dan syabas kepada 75 pegawai, anggota dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sarawak di atas penganugerahan tersebut.
""