Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2014 bertempat di SMK Limbanak, Penampang yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Penjara Sabah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Penampang. Perkhemahan tersebut telah disertai sebanyak 6 buah sekolah melibatkan seramai 220 pelajar dan 18 guru pengiring daripada seluruh negeri Sabah.Sekolah yang terlibat ialah SMK Bahang, SMK Datuk Peter Mojuntin,SM Stella Maris, SMK Gunsanad II, SMK Elopura II dan SMK Abaka. Selain daripada memberi pendedahan kepada pelajar mengenai hal-hal berkaitan koreksional, perkhemahan ini juga dijadikan sebagai platform untuk memilih para pelajar bagi mewakili Negeri Sabah ke Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Kelantan pada 25 hingga 31 April 2014.
""