Pada 08 dan 09 April 2014, telah berlangsung Kejohanan Olahraga dan Permainan Sekolah-Sekolah Integriti dan Henry Gurney peringkat kebangsaan kali ke-6. Sekolah Integriti Kajang telah dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan tersebut.Kejohanan ini dirasmikan oleh PKP Husin B Haji Johari, Timbalan Pengarah Penjara Kajang manakala majlis penutupan pula telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Kejohanan kali ini disertai oleh sebanyak 5 Sekolah Integriti dan 1 Sekolah Henry Gurney yang melibatkan seramai 143 orang peserta. Sebanyak 7 acara balapan, 6 acara padang dan 2 sukan permainan iaitu Sepak Raga Ratus dan Karom telah dipertandingkan.Sekolah Integriti Kajang telah berjaya mempertahankan kejuaraan sebagai Johan keseluruhan dengan memperolehi 7 pingat emas, 4 perak dan 2 gangsa.
""