Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 5 hingga 8 April 2014 bertempat di Sek. Men. Menerong Kuala Terengganu. Program perkhemahan tahun ini telah dianjurkan oleh institusi Penjara Marang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bertujuan sebagai pemilihan untuk mewakili Negeri Terengganu ke Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Kelantan pada 25 hingga 31 April 2014. Dua buah sekolah iaitu SMK Merchang dan SMK Seri Serating yang melibatkan seramai 97 pelajar ,12 guru dan 3 jurulatih dari PULAPEN Terengganu mengambil bahagian dalam aktiviti Seni Tangkas Penjara (SENTAP), kawad kaki, Jungle Tracking, Abselling, Water confident,dan kebudayaan. SMK Merchang telah menjadi johan bagi ketegori kawad kaki dan SENTAP ,manakala bagi ketegori kebudayaan pula dimenangi olen SMK Seri Serating. Majlis perasmian dan penutupan telah dilakukan oleh Ustaz Sabri bin Mohd Noo, Penolong Pegawai Pembangunan Kemanusiaan dari Pejabat Pendidikan Daerah Marang.
""