15 Ogos 2014, Bertempat di Dewan Sukan PPI, Penjara Seberang Perai telah berlangsung acara Karnival Sukan Banduan 2014. Karnival sukan berlangsung dengan penuh meriah dan disertai oleh 878 orang banduan telah dirasmikan oleh PKK Kamarudzaman bin Hj Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai. Pelbagai acara sukan telah diadakan terlebih dahulu seperti Sepak Takraw, Ping Pong, Bola Tampar, Acara Balapan (4x100m dan 100m), Dam, Catur, dan Karom. Kemuncak penutupan karnival telah dijalankan beberapa acara sukan seperti Merentas Desa, Perlawanan Akhir Bola Sepak, Perlawanan Akhir Tarik Tali, Gusti Lengan dan Sukaneka.
""