| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Persijilan 5S MPC Penjara Sungai Petani

17.4.2014, Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) Kali Ke-4 Penjara Sungai Petani telah dilaksanakan oleh En Mohd Khairil Anuar bin Amir Hamzah  daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia, Pejabat Wilayah Utara. Pengauditan untuk pengekalan pensijilan 5s melibatkan enam Zon iaitu Zon Mawar, Zon Anggerik, Zon Cempaka, Zon Teratai, Zon Melor dan Zon Kenanga.


Pihak MPC telah memperakui pengekalan Amalan 5S dilaksanakan di Penjara Sungai Petani  dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Mohd Muslih bin Mahmud  mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah berusaha bersama-sama untuk mendapatkan sijil pengekalan  ini, beliau juga berharap agar semua kakitangan dapat terus mengamalkan dan meningkatkan pelaksanaan 5S produktiviti dan prestasi kerja serta menjadikan 5S sebagai amalan dalam menjalankan tugas harian.

 

""