Penjara Pra Bebas. Dusun Dato' Murad telah mengadakan kursus Penyelidikan dan Suntikan Gaharu. Kursus tersebut telah diadakan pada 16 hingga 17 April 2014 bertempat di Dataran Penjara Agro DDM. Seramai 50 Orang peserta terdiri daripada 20 banduan dan 30 kakitangan telah menyertai kursus tersebut dengan jayanya. Kursus ini juga telah dihadiri oleh PKP Haji Mohamed Bin Haji Musa pengarah Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad dan pegawai Kanan daripada IPPM Kajang, Selangor. Kursus telah disampaikan oleh Dr Mohd Noor Bin Mahat Pegawai Penyelidik Kanan dan telah dibantu oleh 3 orang penyelidik dari FRIM, Kepong.
""