19 April 2014 , Jabatan Penjara Malaysia, Sabah telah menyertai pertandingan menembak antara agensi yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena sambutan Ulangtahun Ke-80. Pertandingan ini disertai oleh 22 agensi beruniform dan bukan beruniform. Penjara Sabah telah menghantar 7 peserta dan penembak Jabatan iaitu IP.Mohd Saifuladli Bin Awang@Yussof daripada institusi Penjara Pusat Kota Kinabalu telah berjaya merangkul johan bagi acara jatuhan piring kategori VVIP. Hadiah disampaikan oleh Panglima Markas Wilayah Laut 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Dato' Pahlawan Mohammad Rosland Bin Omar.
""