Kursus Penyelarasan Pengurusan Tahanan Di Bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) telah diadakan pada 9 hingga 10 April 2014 bertempat di Bilik Taklimat Penjara Simpang Renggam, Johor. Seramai 39 orang peserta daripada lima (5) institusi telah terlibat iaitu Penjara Simpang Renggam, Penjara Pokok Sena, Penjara Bentong, Penjara Kluang dan Penjara Bintulu, Sarawak. Taklimat berkenaan pengurusan Tahanan Di Bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) disampaikan oleh PP Azman bin Mohd Ali, Bahagian Pengurusan Tahanan, Banduan dan Koreksional Penjara Simpang Renggam. Seterusnya peserta dibawa melawat ke Pejabat Lembaga Penasihat, Pejabat Rekod Tahanan dan ke Blok Penempatan yang akan menempatkan Tahanan POCA. Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara Malaysia.
""