23 April 2014, Majlis Pelancaran Skor Kad Aktiviti Kakitangan Penjara Marang, Terengganu telah dilancarkan oleh PKK Hamzani Bin Che Berahim, Pengarah Penjara Marang, Terengganu. Pelancaran ini dibuat pada majlis dialog bulanan di Dewan Dato? Ibrahim Penjara Marang, Terengganu. Skor Kad ini merupakan satu cetusan idea Kumpulan KIK Prima Bestari Penjara Marang yang akan menyertai Konvensyen KIK Peringkat Zon Timur pada tahun ini. Skor Kad ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dan komitmen kakitangan secara menyeluruh dalam setiap aktiviti jabatan selaras dengan transformasi ke arah meningkatkan profesionalisme kakitangan dalam menyahut cabaran perkhidmatan awam era globalisasi.
""