| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Koperal Dan Sarjan Penjara, Pelancaran Unit Pengiringan Bermotosikal Dan Jersi Pasukan Bolasepak Penjara FC

Kajang, 29 April - Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Koperal Dan Sarjan Penjara, Pelancaran Unit Pengiringan Bermotosikal Dan Jersi Pasukan Bolasepak Penjara FC bertempat di Maktab Penjara Malaysia.  Turut hadir Komisioner Jeneral Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Hari ini, seramai 733  daripada 5,277 Pegawai Penjara menerima kenaikan pangkat daripada Wardar Penjara (Gred KX17) ke jawatan Koperal Penjara (Gred KX20) dan Koperal Penjara (Gred KX20) ke jawatan Sarjan Penjara (Gred KX22)  secara TBBK, manakala selebihnya akan menerima pemakaian pangkat masing-masing mengikut peringkat zon.  Unit Pengiringan Bermotosikal  yang ditubuhkan pada tahun lalu bertujuan melancarkan urusan pengiringan tahanan ke mahkamah, hospital, balai polis dan pemindahan penghuni ke penjara.  Unit ini dibekalkan lapan buah motor HONDA ST 1,300 c.c. oleh Kementerian Dalam Negeri dan seramai 21 anggota berbagai pangkat yang diketuai Inspektor Penjara telah menamatkan Kursus Pengendalian Motosikal Pengiring pada 2 November hingga 20 Disember 2013 (7 minggu) bertempat di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Muar, Johor.Dua set Jersi Pasukan Bolasepak Penjara FC turut dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri selaku penaung kelab ini. Keprihatinan serta kesungguhan Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Yang Berhormat  Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk melihat Jabatan Penjara Malaysia mengembalikan semula kegemilangan sukan bolasepak dizahirkan menerusi penubuhan Penjara FC pada 11 November 2013.  Pasukan yang dikenali sebagai The Pride Waves dengan iltizam yang tinggi merealisasikan harapan untuk melayakkan diri ke Kejohanan Bolasepak Piala FAM pada tahun 2015.

 


""