Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah mengadakan Majlis Riang Ria Raya (Merdeka Raya) pada 30 Ogos 2013 (Jumaat) bertempat di Perkarangan Rumah Kelab, Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Majlis telah diserikan dengan kehadiran TKPj. Ab Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan isteri, dan juga PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan isteri. Pelbagai aturcara telah diadakan pada malam tersebut antaranya persembahan karaoke nyanyian lagu raya dan kemerdekaan, pemberian duit raya, cabutan bertuah, pemenang pakaian tercantik lelaki dan wanita dan persembahan bunga api. Aneka juadah hari raya telah disediakan kepada tetamu seramai 1000 orang tetamu yang hadir. Kemuncak acara adalah kiraan detik 12 malam dengan diiringi nyanyian lagu 31 Ogos dan laungan merdeka.
""