3 September 2013 - Kelab Sukan dan Kebajikan Maktab Penjara Malaysia (KASBA) bersama Koperasi Jabatan Penjara Malaysia (KOPEN) buat julung kalinya berganding bahu menganjurkan Majlis Anyaman Kasih Aidilfitri 2013. Majlis Sambutan Hari Raya ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Komisioner Jeneral Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Hj Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan isteri serta YBhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Majlis Anyaman Kasih Aidilfitri 2013 dimeriahkan dengan pertandingan gerai terbaik yang disertai oleh 5 Kumpulan Rumah dari MPM termasuk KOPEN. Turut diserikan dengan persembahan dari Kumpulan Galasari Jabatan, Alunan suara lagu dari Kombo Muzik Asli Jabatan dan pemberian sumbangan duit raya buat anak-anak dari Pertubuhan Rahoma Al Fakir Malaysia, anak-anak kakitangan MPM dan KOPEN. Penyampaian sumbangan oleh KOPEN kepada Pertubuhan Rahoma Al Fakir Malaysia telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia manakala sumbangan untuk PERSIAP Malaysia daripada pihak KOPEN, Etiqa Takaful dan Baraqah Consultancy & Services diterima oleh YBhg Datin Hjh Noraini Binti Hj Man. Yang Dipertua PERSIAP Malaysia.
""