| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis ramah Tamah Aidilfitri Dan Sambutan Detik Ambang Merdeka Kali Ke-56

Miri, 30 Ogos 2013 - Institusi Penjara Pusat Miri telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2013 serta sambutan detik ambang kemerdekaan. Program berkembar berbentuk keharmonian komuniti dalam mengeratkan lagi silaturahim diantara kakitangan dan juga kerjasama daripada pelbagai jabatan/agensi/persatuan/sekolah. Bersempena dengan bulan kemerdekaan dan sambutan hari raya melibatkan semua keluarga kakitangan Penjara Miri dan juga agensi luar. Majlis turut dihadiri oleh ketua agensi KDN di Bahagian Miri, pesara serta ketua-ketua masyarakat di sekitar kawasan Lambir.
Majlis berkembar ini diadakan di Dewan Serbaguna Penjara Miri yang bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan dikalangan anggota penjara dengan masyarakat awam serta meninggikan lagi semangat Patriotisme dikalangan anggota Jabatan Penjara Malaysia.


Pelbagai aturcara telah diadakan pada malam tersebut antaranya persembahan karaoke nyanyian lagu raya dan kemerdekaan, pemberian duit raya kepada kanak-kanak  yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Kamarul Alam bin Taib. Selain itu cabutan bertuah dan persembahan daripada pasukan Kadet Koreksional SMK Riam, Miri  merancakkan lagi suasana majlis serta ambang merdeka. Aneka juadah hari raya telah disediakan kepada kakitangan dengan mempertandingkan empat buah gerai makanan serba aneka. Kemuncak acara adalah kiraan detik 12 malam dengan diiringi nyanyian lagu 31 Ogos dan laungan merdeka. "MALAYSIAKU BERDAULAT....TANAH TUMPAH DARAHKU".

 

""