Jumaat, 30 Ogos 2013 - Bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, Sekolah Integriti Penjara Kluang, telah berlangsung satu program iaitu "Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Integriti Kluang 2013" yang telah dihadiri seramai 50 orang pelajar. Objektif program adalah mengenang dan mengimbas kembali perjuangan tokoh-tokoh negara ke arah mencapai kemerdekaan dan menanamkan sikap bertanggungjawab dan semangat cintakan negara. Program ini juga di selitkan dengan pelabagai pengisian antaranya bacaan ikrar kemerdekaan, deklamasi sajak, deklamasi puisi dan nyayian lagu-lagu patriotik dan majlis ini berakhir dengan jamuan makan (Majlis Aidilfitri Peringkat Sekolah Integriti).
""