2 September 2013; Sambutan Aidilfitri Penjara Marang, Terengganu telah diadakan di Pekarangan Rumah Rehat Penjara Marang, Terengganu. Tetamu kehormat pada majlis ini, Yang Setia KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan isteri turut memeriahkan lagi suasana sambutan yang dihadiri oleh kakitangan dan keluarga Penjara Marang, Pusat Koreksional Dungun dan Parol Negeri Terengganu. Pelbagai juadah disediakan mengikut kediaman kakitangan. Aktiviti lain yang dijalankan seperti cabutan bertuah, Pertandingan Karaoke Lagu Raya serta pemberian duit raya kepada anak-anak kakitangan.
""