2 September 2013, Persatuan Pusat Perkhidmatan Geha Bodhi dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Negeri Pahang telah mengadakan Program Lawatan ke Penjara Penor bersama para pelajar dari 5 buah sekolah menengah sekitar Kuantan. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang hukuman yang bakal dikenakan ke atas mereka yang terlibat dengan salah laku atau melanggar undang- undang negara. Selain dari mengadakan lawatan, Persatuan Geha Bodhi dan Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Pahang turut menyampaikan sumbangan makanan kepada penghuni Penjara Penor sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Turut hadir ialah Dato' RA Param yang juga merupakan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Negeri Pahang.
""