3 September 2013 Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Penghuni yang diadakan di Dewan Serbaguna bermula pada jam 8.00 pagi melibatkan 34 orang penghuni. Majlis disempurnakan oleh YB. Datuk Latipah binti Omar, Exco Wanita dan Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka serta TKPj Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang. Program turut dihadiri oleh Kapten (B) YBhg. Datuk Karim bin Sulaiman, Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat serta Ahli-ahli Lembaga Hakim Pelawat. Penganjuran program sebegini diharapkan akan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang di antara penghuni dan keluarga.
""