03 September 2013, Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan Program Memasyarakatkan Penjara Bersama Komuniti Tahun 2013 sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Kemerdekaan kali ke-56 tahun 2013. Kehadiran terdiri daripada keluarga kakitangan dan dianggarkan seramai 1150 orang jemputan yang hadir, diantaranya Y.Bhg. Dato? Syed Jaafar Bin Syed Ali, Pengerusi Yayasan Pecegah Jenayah Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang dan Y.Bhg. Datin, Y.Setia PKK Kamarudzaman Bin Haji Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang, Y.A Puan Nurmala Bt. Salim, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Y.A Tuan Wong Teck Meng, Pesuruhjaya Jaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Y.Bhg. Dato' Seri Yusoff Bin Latiff, Pengerusi Wisma Yatim Islam Negeri Pulau Pinang, ketua-ketua jabatan, pesara-pesara, (22) orang anak-anak yatim (L) Pulau Pinang, rakan media, ahli Jaksa Pedamai, Pengetua, Guru Besar, NGO, Sukarelawan Penjara,ahli keluarga anggota dan kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang serta orang-orang awam. Pelbagai acara yang telah dijalankan semasa program antaranya ialah persembahan silat dari Kumpulan Apacakna, persembahan dari kumpulan The Nad Revival, tarian dari anak-anak kakitangan, sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan kakitangan, kibaran Jalur Gemilang serta acara kemuncak cabutan bertuah. Pelbagai juadah telah disediakan di tujuh gerai makanan dan minuman sepanjang majlis tersebut diadakan antaranya ialah kambing bakar, lemang bakar, nasi goreng dan sebagainya.
""