Bersempena sambutan Hari Malaysia ke 50, warga SHG II Keningau berbesar hati menerima kunjungan YBhg.Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Haji Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Datin Sri Hajah. Noraini binti Man. Turut serta dalam rombongan tersebut adalah YBhg. Dato' Alzafry Mohamad Alnassif b.Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, Puan Salma Binti Sulaiman, Pengarah Kewangan dan Profesor Tuan Haji Azizan Bin Kassim, selaku Ketua Panel Juri Konvensyen KIK.
Rombongan YBhg. Dato' Sri diberi taklimat berkenaan projek penghasilan Baja Kompos dan juga Gas Metana, dan seterusnya melawat tapak projek. Datin Sri Hajah Noraini yang juga Pengerusi PERSIAP Malaysia pula mengadakan lawatan ke Muzium Warisan Keningau, Sabah.
Sebelum bertolak balik ke Kota Kinabalu, YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Haji Omar dan Datin Sri Hajah Noraini, serta rombongan meluangkan masa lebih kurang 20 minit menziarahi Wadar 13017 Dayrrl Dominic Inus yang mengidap penyakit jantung dan kencing manis, di kediaman beliau di Kg. Patikang Keningau dan turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper kepada keluarga beliau.
""