| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Timur Tahun 2013 Di Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu, Kelantan

Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Timur Tahun 2013 telah diadakan pada 15 & 16 September 2013 bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu, Kelantan. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah dipilih sebagai  pengelola untuk majlis tersebut. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Makhtar Bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Program Mesej Dari Penjara merupakan satu program kebajikan berbentuk 'community base' yang dilaksanakan sebagai komitmen Jabatan Penjara Malaysia terhadap masyarakat. Usaha murni ini diwujudkan dengan hasrat untuk memberi pendidikan pencegahan kepada para pelajar dan masyarakat melalui perkongsian pengalaman, ceramah interaktif, forum, persembahan sketsa dan paparan bahan-bahan pameran. Seramai 1,000 peserta telah hadir di program ini yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan, anggota RELA, anggota JPAM, ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS), penggawa, ahli Lembaga Hakim Pelawat, persatuan-persatuan belia, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan, pelajar IPTA/IPTS dan pelajar sekolah menengah.


Aturcara program bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi ceramah yang bertajuk "Membawa Penjara Ke Masyarakat" yang disampaikan oleh PKK Zawari Bin Abdul Rashid, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa. Seterusnya sesi ceramah "Sinar Keinsafan"  telah disampaikan oleh bekas banduan yang telah berjaya.


Pada jam 10.00 pagi, aturcara program telah diteruskan dengan sesi forum yang bertajuk "Kembali Ke Pangkuan Masyarakat". Ahli panel bagi sesi forum tersebut adalah YBhg. Dato? Abdul Aziz Bin Nawi (Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Cawangan Negeri Kelantan), SAC Dato' Mazlan Bin Lazim (Timbalan Ketua Polis Kelantan), PKK Zawari Bin Abdul Rashid (Pengarah Penjara Pengkalan Chepa), Ust. Mohd Shukri Bin Abdul Rahman (Pemimpin Masyarakat) dan moderator, En. Husaini Bin Abdul Razab (Pegawai Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kelantan).


Upacara perasmian Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Timur 2013 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Makhtar Bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis perasmian adalah YBhg. Tan  Sri Lee Lam Thye (Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia).


Pada sebelah petang pula diadakan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Institusi Zon Timur yang mana telah dimenangi oleh Penjara Penor, Pahang. Selain jualan produk penjara yang diadakan selama 2 hari, ianya turut melibatkan aktiviti pameran dari Jabatan Penjara Malaysia, PDRM, AADK dan JPAM. Kempen derma darah juga turut diadakan oleh Unit Tranfusi Darah, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

 

""