| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Intervensi Malam Mesra Aidilfitri Dan Semarak Merdeka Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka

Pada 03 September, 2013 Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka telah mengadakan Program Intervensi Malam Mesra Aidilfitri dan Semarak Merdeka bersama ODP, Pesalah PKW, Penghuni Rumah Perantaraan serta keluarga. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg.TKPJ Dato? Hj.Hassan Bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan & Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia. Turut hadir adalah Yg Bhg. Datuk Hj.Abdul Rahim bin Abu Timbalan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka, Ketua-Ketua Jabatan  Wisma Persekutuan,  Pengarah-Pengarah Institusi Negeri Melaka, NGO, Agensi Kerajaan serta pemimpin-pemimpin tempatan.     


Aturcara bermula dengan Penilaian Gerai Tercantik dan diikuti dengan  ucapan aluan oleh  PP Zalina binti Mohd Yunus, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka. Aturcara seterusnya diikuti dengan jamuan makan, persembahan, pertandingan karaoke di kalangan ODP dan Pesalah PKW serta cabutan bertuah. Aturcara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Gerai Tercantik, pertandingan karaoke serta sumbangan Duit Raya kepada Anak-anak Kakitangan, Anak-anak ODP dan  Pesalah PKW oleh YBhg.TKPJ Dato? Hj.Hassan Bin Sakimon bersama dengan Datuk Hj.Abdul Rahim bin Abu diiringi oleh PP Zalina binti Mohd Yunus. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Patriotik Semarak Merdeka beramai-ramai diiringi  persembahan bunga api. 


Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan  peluang kepada ODP, Pesalah PKW, Penghuni Rumah Perantaran serta keluarga merasai  kemeriahan dan suasana Merdeka Raya bersama dengan masyarakat setempat. Program tersebut juga diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan siratulrahim di antara Parol dan Perkhidmatan Komuniti dengan agensi-agensi kerajaan dan masyarakat setempat. Melalui program seperti ini diharapkan mereka yang berada di bawah penyeliaan dan pemantauan tidak merasa terpinggir dan merasakan diri mereka sebahagian dalam masyarakat.

 

""