18 September 2013-Penjara Kajang telah menerima lawatan melibatkan 50 pegawai kanan polis antarabangsa berpangkat Supritendan dan ke atas dari pelbagai negara sempena Kursus Perintah Tinggi Polis Antarabangsa ke-39 di Malaysia. Ketibaan rombongan telah disambut oleh PKP Husin Bin Hj Johari, Timbalan Pengarah Penjara Kajang bersama-sama pegawai-pegawai kanan yang lain. Memandangkan penjara adalah sebahagian daripada sistem keadilan di Malaysia, rombongan telah melawat Rawatan dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang serta Penjara Wanita Kajang dan diberi penerangan mengenai program-program pemulihan yang dijalankan Jabatan Penjara Malaysia. Rombongan juga berkesempatan melawat ke Galeri Produk Penjara, Vokasional dan Industri Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Sebelum pulang, rombongan telah diraikan dengan jamuan disediakan.
""