30 September 2013 Jabatan menerima kunjungan delegasi yang dianggotai oleh dua orang pegawai dari Pusat Koreksional Fiji (Fiji Correctional Services) iaitu Supt. Villame Bulewa, Pengarah Pemulihan dan Supt. Salote Panapasa, dari Ibu Pejabat Fiji Correctional Services. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mempelajari dan mengkaji Sistem Koreksional Malaysia khususnya dalam aspek Community Based Corrections yang diimplementasikan oleh jabatan. Sebagaimana dimaklumkan, Kerajaan Fiji ketika ini mengguna pakai rangka kerja pemulihan berasaskan Sistem Kepenjaraan Malaysia sejak tahun 2008. Taklimat jabatan telah disampaikan oleh PKK Kausalya Devi, Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti di Bilik Persidangan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Sejurus selepas taklimat, delegasi tersebut telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli Omar, di Bukit Wira.
""