28 September 2013 Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis dengan kerjasama Pejabat Parol Daerah Kangar/Kawasan Langkawi telah mengadakan Program "Kem Dekat Dihati" dan Intevensi Orang Diparol (ODP) dan keluarga di Pulau Langkawi. Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan diri dengan ODP dan keluarga supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dan rasa dihargai. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah motivasi, sukaneka serta aktiviti berkumpulan. Adalah diharapkan dengan program sebegini dapat membantu ODP menjadi lebih positif dalam menjalani kehidupan dalam masyarakat.
""