| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Minggu Inovasi Peringkat Sarawak 2013 Yang Telah Dirasmikan Oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

Kuching, 27 September 2013 bertempat di Dewan Baitulmal Sarawak telah diadakan Majlis Sambutan Minggu Inovasi peringkat Sarawak 2013 yang dirasmikan oleh Yg. Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Bersempena dengan Sambutan Minggu Inovasi Peringkat Sarawak 2013 ini, satu pertandingan Kembara Info Inovasi anjuran INTAN Sarawak bersama Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang disertai oleh 19 buah jabatan dibawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Dalam Pertandingan Kembara Info Inovasi bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Sarawak yang telah berlangsung pada 25 September 2013 ini, pihak Ibu Pejabat Penjara Sarawak telah menghantar satu kumpulan yang dinamakan sebagai Kumpulan Sarawak Pride dimana ianya diketuai oleh Ketua Inspektor Penjara Badiozaman bin Hj. Aden serta dianggotai oleh Encik Wander Anak Ringgau, Wdr. Rozi Bin Nasir dan Wdrs. Masrina Binti Basarun. 


Semasa Majlis Perasmian Sambutan Minggu Inovasi Peringkat Sarawak tersebut telah diumumkan bahawa Kumpulan Sarawak Pride dari Ibu Pejabat Penjara Sarawak  dinobatkan sebagai  johan dalam pertandingan Kembara Info Inovasi tersebut dengan membawa balik hadiah berupa wang ringgit sebanyak RM 1500.00, satu piala dan juga sijil penyertaan.  Majlis persamian ini juga dihadiri oleh Yang Setia TKPj Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak sebagai satu dorongan dan juga penghargaan kepada ahli Kumpulan Sarawak Pride dalam mengharumi nama Jabatan Penjara Malaysia diperingkat Negeri Sarawak.

 

""