| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hijrah Kasih II Sekolah Integriti Penjara Sungai Petani, Kedah

27 September 2013 Program Hijrah Kasih II Sekolah Integriti Penjara Sungai Petani, Kedah telah disempurnakan oleh En. Mansor bin Lat, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Program ini anjuran bersama Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia. Majlis perasmian penutupan turut dihadiri oleh KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, PKP Mohd Muslih Bin Mahmud, Pengarah Penjara Sungai Petani, Ketua Intitusi Zon Utara, Pegawai Pendidikan Malaysia dan Pegawai Kanan Institusi. Program ini bertujuan memperkukuhkan akidah, penghayatan nilai-nilai Islam/murni, asas syariat dan hukum hakam agama para pelajar. Program ini juga mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni, kasih sayang, bekerjasama dikalangan para pelajar Sekolah Integriti. Seramai 96 orang banduan telah menyertai program ini dan turut melibatkan 100 ahli keluarga yang hadir bagi menjayakan Program Hijrah Kasih II ini.

 

""